MOHD RAFI , POP YE YE 60AN ATAU UMNO YANG MENJATUHKAN P.RAMLEE ….?
By abul atiq
Tidak dapat di nafikanSeniman Agung P.Ramlee pada akhir karier nya sebagai seorang
seniman, terlalu banyak cabaran yang di hadapinya. Lebih lebih lagi yang
melibatkan ekonomi dan survirval hidupnya menyara keluarganya, memandangkan
studio jalan ampas yang di tutup dan studio merdeka yang tidak lagi mahu
menyambung kontrak untuk beliau berlakun. Sehinggakan ekonominya meruncing
disebut bahawa beliau terpaksa membuka meja mahjung untuk di sewa oleh
pemainnya demi sesuap nasi untuk anak isteri.
Semasa itu nama Mohd Rafi yang telah lama terkenal di India telah di
import masuk ke Malaysia seiring dengan filem filem hindi yang mem”bah”kan
scenario hiburan panggung wayang dan
piring hitam. Mohd Rafi penyanyi tersohor hindi, boleh menyanyi dalam 6 bahasa serta telah merakam album lagu yang berjumlah hampir 8 ribu buah lagu,dan ada yang mengatakan
lebih dari itu. Ini dengan sendirinya menenggelamkan popularity P.Ramlee fasca
60an. Anak anak muda yang dulunya bersiul lagu P.Ramlee “Tanya sama Hati………..”
kemudian telah bertukar tiun kepada lagu “Yahoooo, Ca he toi…Junglee…….”
Begitu juga lagu lagu P.Ramlee yang menjadi hot hits semasa telah hanyut dalam arus kegilaan Hindi , bukan setakat
lagunya malah filemnya juga. Kalau nak
dibandingkan dengan Mohd Rafi , P.Ramlee cuma dapat merekodkan 3 ratus buah lagu sahaja. Ini satu
ketinggalan yang jauh…. Jadi adakah Mohd
Rafi yang menjatuhkan kepopularity
P.Ramlee…..?
Dalam masa yang sama era 60an juga menyaksikan kemunculan KUGIRAN atau Kumpulan Gitar Rancak yang mewarni
hiburan tanah air . Nama nama saperti A.Ramlee, A.Rahman Hassan, A.Rahman Onn,
s.Jibeng , A. Halim,(seqadar menyebut beberapa) telah mengukir sejarah popularity penyanyi tanah air. Lagu
lagu saperti ; Oh Fatimah, Tak Mengapa, Kisah dan Tauladan , memberi impak
yang mendalam kepada jiwa anak muda semasa itu. Lebih lebih lagi corak
pakaian serta cermin mata hitam penyanyi
Kugiran merancakan lagi kepopularity mereka.
Pernah P.Ramlee di boo penonton
apabila beliau membuat show dengan A.Ramlee dan L . Ramlee. Namun
P.Ramlee tetap timbul dengan Idea dan rancangan yang berkesan untuk menambat
hati anak muda kerana ia memandang ini Cuma cabaran setempat.
P.Ramlee melahirkan sebagai contoh lagu “Bunyi Gitar” dalam filem 3 Abdul, “Entah Di Mana “ dalam keluarga 69 dan
beberapa lagu dalam filem “DOREMI” dan
“Masam masam manis” yang berlatar belakangkan tahun 60an. Namun semua ini tidak
dapat menahan arus air bah POP YE YE yang semasa itu melahirkan beratus ratus
KUGIRAN dan Penyanyi serta beribu ribu album lagu tahun 60an. Jadi
adakah Pop Ye Ye 60an menjatuhkan kepopularity P.Ramlee…..?
Semasa P.Ramlee sudah “strock “
dalam arena suara dan lakunan di mana UMNO masa itu ? Siapa yang memanggil
P.Ramlee pulang ke Tanah Air dari Singapura dengan menjanji semua kemudahan dan
kemewahan yang akan P.Ramlee kecapi jika ia pulang berbakti di Malaysia. ?
Bukan kah UMNO yang menjadi tulang
belakang kepada Hiburan Tanah Air ketika
itu ? Tetapi apa yang terjadi ialah
sebaliknya P.Ramlee mendapati , studio yang kononnya cangkih adalah janji tipu
UMNO sejak sediakala, semata mata untuk P.Ramlee pulang ke Malaysia sahaja.
Terpaksalah P.Ramlee bekerja juga di studio yang serba kekurangan untuk meneruskan survival hidupnya. “Ku sangka
panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengah hari”. Begitulah hidup P.Ramlee
di Malaysia ,tanah tumpah darahnya sendiri.
UMNO cuma mahu nama sahaja ,bahawa Seniman yang paling talent dan
Geniuse berada di Malaysia, namun pertolongan yang diharapkan P.Ramlee tidak
muncul. P.Ramlee begitu mencintai dunia
seni sehingga dia tidak kisah berapa bayaran yang di terimanya untuk tiap kerja
seni yang dilakukannya. Namun UMNO yang
mula samar mata dengan kekayaan Negara semasa itu (60an) telah meninggalkan
P.Ramlee dengan “Sexaphone “nya.
Apa salahnya kekayaan Negara yang mula timbul ketika itu, di salur
untuk membantu P.Ramlee yang sedang “tenat” yang mengharapkan “embun setitik”
dari UMNO yang tidak memperdulikannya
lagi. Dan hiduplah P.Ramlee hingga ke akhir hayatnya begitu, kerana UMNO telah
mengganggap P.Ramlee tidaklah memberi apa apa keuntungan dan aset kepada UMNO
lagi.
Namun menjadi Dajal , apabila Senima Agung P. Ramlee meninggal, UMNO
lah orang yang mendabik dada, mengatakan kamilah kawan kawannya dahulu, kamilah
yang menolong dia ketika dia susah, kamilah ini…., kamilah itu….., Kerana apa …?
Kerana orang yang mati lebih “berharga” dari orang yang hidup.
Umno telah mengeksploitasi segala gala tentang P.Ramlee. Dari tiap
filem ke tiap lagu. Dari tiap skrip ke tiap lirik. Dari tiap mimic muka hingga
ke pakaian. Buat lah macam macam untuk P.Ramlee, rekomen lah berbagai Pingat dan Pangkat. Tubuhlah berbagai yayasan.
Semata mata kerana sikap bermuka muka UMNO yang tak habis habis, semata mata mencari
harta kekayaan yang mereka nak bawa
dalam kubur mereka….. Jadi adakah
UMNO yang menjatuhkan kepopularity
Seniman Agung P.Ramlee…………?
Tanya sama hati, apa asal………………………………………..?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan